Selasa, 4 Mac 2014

KISAH CINTAKU PART 2

Pada bulan mac lah aku dengan dia kapel, berape hari bulan tu biar aku dengan dia je tahu. Aku sangat-sangat cintakan dia, aku kalau boleh nak dia selalu ada kt depan mata aku tapi jarak memisahkan aku dengan dia. Dia duk pasir gudang, aku pula duk batu pahat walaupun satu negeri jarak antara pasir gudang dengan batu pahat boleh tahan jauhnya. Oleh kerana kami saling merindui antara satu sama yang lain, kami lepaskan rindu kami dengan bermesej. Boleh dikatakan 24 jam lah aku mesej ngn dia smpai pelajaran aku pun terabai dia pun sama sebab 24 jam asyik mesej je mana ad masa nak study. Lupa pula aku nak bagitau masa aku bercinta dengan dia aku form 5 dan dia form 1. Orang kata usia bukan halang untuk kita mencintai seorang kan.Begitu juga aku, aku sangat-sangat mencintai dan menyayanginya sepenuh hati aku. Walaupun aku dengan dia hanya kenal kt muka buku n tak pernah jumpe aku dapat rasa kan aku betul-betul cintakan dia. Aku ini bukan orang yang cepat jatuh cinta n cepat lupakan orang yang dicinta, aku bila da jatuh cinta kt seorang aku betul-betul cinta n setia dan aku juga susah nk lupakan orang yang aku cinta walaupun orang da pergi dari hidup aku. Aku cinta n sayang sangat kt dia, setiap kali tarikh yang aku kapel dengan dia tiba walaupun bulan lain, kiteorang akan oncall memang wajib la. Kalau da oncall berjam-jam lah sampai abis krdit la. Sebab kiteorang ini tak selaulu oncall aku masih sekolah dia pun masih sekolah mana ada duit nak topap tapi kalau da rindu sangat memang oncall la. Selalunya aku yang call sebab krdit aku selalu banyak, sebab aku ini anak orang senang, tapi dia tak pernah tahu aku ini anak orang senang sebab aku tak pernah cakap hahaha. First time oncall dengan dia memang aku malu gila la haha. Sebenarnya bukan first time je aku malu tapi lepas-lepas tu pun aku still malu mana tidaknya dia cakap suara aku macam pompuan. Kenangan paling manis yang aku tak boleh lupa bila dia nyanyikan untuk aku, suara dia comel n merdu giler la. lagu apa dia nyanyi biar je la tahu. Memang best lah bila dapat oncall ngn dia rasa macam dunia ni aku punyalah. Ada suatu hari tu aku rasa dia macam marah je dengan aku tapi tak tanya la sebab apa, pastu tiba-tiba dia tanya aku siapa pompuan yang aku chat kat fb yang panggil aku senget itu. Password fb aku, aku bagi kt dia sebab aku tak nak dia ragu pada kesetiaan aku sebab tu dia dapat tahu aku ada chat ngn pompuan kt fb. Pompuan tu sebenarnya kawan aku je memang kiteorang selalu panggil sengaet ini, dia punya cemburu tu memang tinggi lah. Sampai dia takde mood nk mesej ngn aku, sedih giler aku masa tu. Tapi aku cuba yakin kan dia yang aku ngn pompuan tu hanya kawan dan akhirnya dia percaya. Aku  dia yakin aku ini setia n cintakan dia seorang je aku minta lah kawan pompuan aku itu tapi lain pulak jadi dia boleh pulak gaduh dengan kawan pompuan aku. Bertambah masalah aku, satu hari dia tak mesej aku, bila dia mesej aku, dia cakap dia batuk keluar darah, aku punya series macam orang giler. Aku mesej dia minta maaf n aku janji ngn dia aku takkan contact ngn kawan pompuan aku lagi. Malam itu kiteorang oncall nk selesaikan masalah ini, dia luahkan segala yang terpendam dia cakap dia jeles aku chat ngn pompuan tambah pulak mesra-mesra, masa aku dengar tu aku terkejut n nangis sebab aku boleh rasa yang dia benar-benar cintakan aku. Aku yakin kan dia yang aku benar-benar cinta n sayangkan dia and dia yakinlah walaupun bukan 100%. Akhirnya aku Oukey balek dengan dia, rasa lega gilerlah msalah da selesai. Lepas dari peristiwa tu aku da tak contact ngn kawan pompuan aku sebab ad janji ngn dia yang takkan contact lagi. Pada bulan september berapa hari bulan tu biarlah rahsia, dia minta putus ngn aku, aku masa tu memang rasa sedih giler la. Aku tanya dia aku ada buat salah apa dengan dia sampai nak putus, n dia cakap ibu dia marah dia kapel ini sebab kapel dia abaikan pelajaran. Mula-mula aku tak boleh terima, tapi akhirnya aku akur dengan keputusan itu. Saat paling sedih bila harus buang relay aku dengan dia kt fb. Lepas aku putus dengan dia seminggu aku tak kuar rumah berkurung je dalam bilik kerana terlalu kecewa sampai makan minum, pakai aku terabai. Pikiran aku masa itu serabut n stress giler sampai aku boleh terpikir nak bunuh diri. Nasiblah iman aku kuat and atas sokongan keluarga n kawan-kawan aku, slow-slow aku bangkit. Aku jalani hidup seperti dahulu tanpa dia,walaupun hakikatnya aku tak boleh lupakan dia. Setiap kali aku on fb aku akan stalker dia punya fb, bila aku stalker dia punya fb, aku terkejut bila dia dan buat relay ngn orang lain padahal baru semingga aku putus dengan dia. Masa itu aku rasa dia da tipu aku, dia cakap ibu dia marah dia kapel padahal dia da ada orang lain tapi sebenarnya aku yang salah, aku telah mulakan pertemuan aku dengan dia dengan satu kebohongan. Aku telah fake muka orang lain n aku bagi kt dia and akhirnya pembohongan itu terbongkar. Mungkin sebab itu dia minta putus ngn aku. Lepas aku putus dengan dia aku memang sedih giler-giler ar  and aku tak pernah tegur or mesej dengan dia lagi. Pada tarikh kiteorang kapel pada bulan september muncul dia ada chat ngn aku cakap happy anversy and aku reply chat dia tu cakap da tak payah nk smbut anversy itu lagi da tak penting sebab dia pun da ada orang lain n aku ngn dia da putus. Pastu dia reply dia cakap dia sedih dengan perangai aku ini, dia cakap dia happy sangat nk smbut anversy antara dia ngan aku tapi aku pulak tak nak. Bila dia cakap macam tu aku rasa bersalah sangat. Aku in terlalu kecewa dia tinggalkan aku, akhirnya aku lupakan  perasan kecewak n turunkan aku punya ego chat dia minta maaf. Dari situlah mulanya persahabatan antara aku dengan dia sampai lah sekarang aku masih berkawan dengan dia. Walaupun aku kecewa dengan dia tapi aku nak tengok dia bahagia walaupun dia bahagia bukan dengan aku. Kebahagian dia adalah kebahagian aku sebab tu aku still bersahabat dengan dia walaupun hakikatnya aku masih cintakan dia sampailah sekarang cinta aku pada dia tak pernah padam walaupun dia da ada orang lain. Aku akan MENANTINYA sampai hujung nyawa aku. Walaupun aku tahu penantian aku hanya sia-sia, aku tidak peduli sebab AKU BENAR-BENAR MENCINTAINYA SEPENUH HATI AKU TAK ADA SATU ORANG PUN DAPAT PADAM CINTA AKU PADA DIA.

AKU CINTA DAN SAYANGKAN\
DIA SAMPAI HUJUNG
NYAWA AKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan